Monday, June 16, 2014

Set Hamil Shaklee Terbaik

Dulu masa mengandung anak yang pertama, Muhammad Syuib dalam 2 tahun yang lepas, memang sepenuhnya ambil vitamin daripada klinik.  Selalu skip sebab alahan teruk bila vitamin-vitamin tu masuk ke perut.  Tak penah kenal Shaklee pun.  Kandungan kali kedua ini baru saya mengamalkannya dan alhamdulillah terasa sangat perbezaannya. Ye la kan dah bekerja seharian lagi balik rumah terpaksa uruskan hal-hal rumah memang agak memenatkan. So Set Hamil Shaklee memang terbaik dan membantu.
Inilah Set Hamil Shaklee yang saya gunakan sepanjang mengandung iaitu Vitalea, Bcomplex, Vitamin C, Ostematrix dan ESP.
 
1. Vitalea - Multivitamin yang terbaik dengan zat besi.  Ia membantu dalam pembentukkan sel-sel darah merah.  Jika ibu-ibu mengambil vitalea, tidak perlu lagi mengambil obimin okay.

2. B-complex - Mengandungi sebanyak 8 kumpulan vitamin B termasuklah asid folic.  Asid folic dan B12 membantu pembentukan sel-sel darah merah di dalam badan.  Jumlah asid folic yang mencukupi dalam diet harian membantu mencegah kecacatan tiub neural.

3. Vitamin C - Membantu meningkatkan sistem pertahanan badan, berperanan dalam menyokong tulang, gigi dan gusi yang sihat.  Ia juga membantu dalam penghadaman zat disamping Vitamin C dapat meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh.

4.Ostematrix - Ibu mengandung memerlukan 1000-1300mg kalsium sehari. Ini adalah kerana bayi akan mula mengambil kalsium ibu dengan lebih banyak bermula trimester kedua. Ostematrix  mengandungi bukan sahaja kalsium malah MAGNESIUM dan VITAMIN D. Vitamin D meningkatkan penyerapan kalsium dan fosforus untuk meninggikan tulang dan kerangka. Pengambilan OSTEMATRIX juga untuk menguatkan dan pembentukan tulang dan gigi bayi yang sihat.  Pengambilannya juga boleh mengurangkan sakit pinggang , sakit belakang , kebas-kebas atau cramp.

5. ESP - Ia adalah minuman protein yang mengandungi banyak kelebihan kepada ibu dan anak yang dikandung. Ia penting untuk membina dan memperbaharui sel-sel tisu dan hormon dalam tubuh.  Ia penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit. Protein yang berkualiti sangat membantu pertumbuhan yang baik. Disamping MEMBERI TENAGA pada ibu, ESP mampu mencantikkan kulit bayi dalam kandungan dan ibu mengandung itu sendiri.
 

Alhamdulillah, saya memang dapat rasa kesan positif dan bertenaga.  Now, baru nak masuk 6 minggu.  Nanti dah masuk trimester ke-2 saya akan add on dengan Omega.  Nanti kita akan ceritakan tentang kebaikan Omega pula ya..hehe!

Kenapa Set Hamil Shaklee?

Kehamilan merupakan saat-saat yang paling dinantikan oleh seorang wanita yang bergelar isteri.  Perasaan gembira, teruja dan sedikit risau pasti akan dirasai terutamanya ia adalah kehamilan yang pertama.  Antara perkara yang selalu difikirkan adalah vitamin apa yang sesuai yang perlu dimakan semasa hamil.

Mari kita lihat, apa kata Dr Hamid Arsyat tentang pengambilan vitamin semasa hamil..
Amat menggembirakan, apa yang disebut oleh Dr Hamid Arshat menepati apa yang disediakan untuk Set Kehamilan Shaklee.  Kita sambung cerita apa yang lebih baik untuk diamalkan oleh ibu-ibu mengandung demi kesihatan ibu dan pertumbuhan bayi yang optimum iaitu --> Set Hamil Shaklee Terbaik

Sunday, June 15, 2014

Saya Mengandung

Dengan nama Allah...


Betul ke ni???
Kalau betul, syukur Alhamdulillah... :')

Makanya, nak sediakan senjata bagi menjamin kesihatan diri dan kandungan.
Semestinya, Shaklee pilihanku.

Thursday, June 12, 2014

Kali Ke-2

I am pregnant! Again..! yess..

Unofficially statement --

Nantilah check.  Tapi tanda-tanda memang ada.
So far, morning sickness tiada.
Tapi terasa nak muntah-muntah, pening-pening tu ada la.

Sebenarnya, dah berkira-kira pun..haha!
Secara kasarnya, dah masuk 6 minggu dan EDD dijangka pada 5 Februari 2015!

Bersyukurku kepadaMu...

Tapi....

Nanti kita check dulu lah..hehe!

Monday, June 9, 2014

Ahlan Wa Sahlan Kelahiran Baru

As salam dan happy blogging..

Semoga dengan langkahan baru yang penuh semangat ini akan memberi sinar yang bergemerlapan di dalam hidup kita semua.  Saya baru di sini.  Menerjah ke dunia ini.

Ada banyak perkara baru perlu diuruskan.

Esok mula exam.  Belum ready apa-apa.  Tapi akan diusahakan sehabis baik.  In shaa Allah.

Dan bakal menerima berita gembira.  Mungkin pertambahan ahli keluarga baru.  Tapi itu kita cerita nanti-nanti.  Belum dapat dipastikan lagi.  Tanda-tandanya dah ada.  Tidak apa, itu nanti dulu.  :)

Semoga, kehadiran ini akan memberi manfaat kepada semua.  Amiiin...

Wassalam..